
obat kali ini saya share mengenai Bagian2 aurat wanita,
tidak banyak para wanita mengetahui aurat dirinya sendiri, mungkin dia
tahu hanya sekedarnya saja. Namun banyak juga bagian-bagian dari tubuh
wanita yang tak diketahuinya itu merupakan aurat yang harus dijaga. Nah
disini saya akan memberi info kepada para wanita mana yang termasuk Bagian2 aurat wanita
yang akan saya bahas berserta keterangannya, sebagai berikut :
Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari)
Kaki memakai gelang kaki berloceng – Dan janganlah mereka
(perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat
31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan
loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
Wangi-wangian atau parfum – Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban)
Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah
An-Nur Ayat 31.)
Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau
meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim.
Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah
kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
Muka dan Tangan – Asma binti Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja –
Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya – Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah
An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu
lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan
serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik –
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn
Majah.)
Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan
itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah –
Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu
Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan
longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya - Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka
adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.)
source
Title : Bagian-Bagian Aurat Wanita
Description : obat kali ini saya share mengenai Bagian2 aurat wanita, tidak banyak para wanita mengetahui aurat dirinya sendiri, mungkin dia tah...